Penawar Cinta



CINTA YANG SEBENAR

Jadikanlah diri anda sebagai kekasih Allah, kerana ia akan mendatangkan ketenangan. Orang yang paling bahagia ialah orang yang menjadikan kemuncak dan matlamat utamanya adalah mencintai Allah. 

Alangkah bermaknanya firman Allah ini: 

"Dia mencintai mereka dan mereka mencintai-Nya."
(Surah Al-Maidah: 54)


Ramai ulama tafsir berkata: "Tidak ada yang menghairankan dalam '...mereka mencintai-Nya...' tetapi yang menghairankan adalah: 'Dia mencintai mereka...' Allah yang menjadikan, memberi rezeki, melindungi dan memberi anugerah-Nya kepada mereka, tetapi Allah juga mencintai mereka."


"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu."
(Surah Ali Imran: 31)




Mari kita perhatikan kehormatan Ali bin Talib, yang merupakan mahkota yang bersemayam di atas kepalanya: Seorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya dan dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya.




Ada seorang sahabat Baginda Rasul yang sangat senang membaca: 'Qul huwallahu Ahad.' Bacaan itu selalu diulang-ulangnya dalam setiap rakaat, selalu dibaca dalam zikirnya, selalu diucapkannya, selalu diingat untuk menyegarkan hatinya dan untuk menggerakkan anggota tubuhnya. 




Baginda Rasul bersabda: "Kecintaanmu pada-Nya akan membuatmu masuk syurga."




Alangkah indahnya dua rangkap puisi yang pernah saya baca dahulu. dalam riwayat hidup seorang ulama:

Jika cinta yang mabuk cinta kepada Laila dan Salma
sudah merampas hati dan fikiran
Lalu apa yang dilakukan oleh orang yang mabuk cinta
yang di dalamnya mengalir rasa cinta, kepada Yang Maha Tinggi?




"Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata: 'Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangi-Nya'. Katakanlah (wahai Muhammad): '(Kalau betul demikian) maka mengapakah Ia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu'?"
(Surah Al-Maidah: 18)




Cerita cinta Majnun terhadap Laila yang sangat terkenal itu, menunjukkan bahawa Majnun akhirnya dibunuh oleh cintanya sendiri kepada Laila; Qarun dibunuh cintanya kepada harta benda; Fir'aun dibunuh cintanya kepada kedudukan; tetapi Hamzah, Jaafar dan Hanzhalah mati kerana cinta mereka kepada Allah dan Rasul-Nya. 




Alangkah jauh jarak yang memisahkan antara kedua-duanya, Majnun, Qarun dan Fir'aun di satu pihak; Hamzah, Jaafar dan Hanzhalah di pihak yang lain.




"Maka sesungguhnya selepas kesusahan itu ada kemudahan. Sesungguhnya selepas kesusahan itu ada kemudahan."
(Surah Asy-Syarh: 5-6)




"Dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka."
(Surah Al-A'raf: 157)



Hayatilah...


*CINTA PADA ILAHI*


PENAWAR CINTA


Kecintaan yang berlebihan itu banyak sebabnya. Di antaranya:


1. Hati yang tidak diisi oleh rasa cinta, rasa syukur, zikir, dan ibadat kepada Allah.


2. Membiarkan mata jalang. Melepaskan pandangan mata adalah jalan yang menghantar kepada kesedihan dan keresahan:

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka." (Surah An-Nur: 30)

Baginda Rasul juga bersabda: "Pandangan mata adalah satu dari sekian banyak anak panah iblis."




Jika engkau liarkan matamu kepada semua mata maka semua pemandangan akan membuatmu letih. Kau lihat pemandangan tetapi tidak seluruhnya mampu kau lihat dan kau tatap.




3. Memperkecilkan ibadat, zikir, doa, dan sembahyang sunat.

"Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan -perbuatan keji dan munkar." (Surah Al-Ankabut: 45)




Berkenaan dengan ubatnya:

"Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa." (Surah Yusuf: 24)


1. Berusaha untuk selalu berada di pintu-pintu ibadat dan memohon kesembuhan kepada Yang Maha Agung.




2. Merendahkan pandangan dan menjaga kemaluan.

"Dan mereka menjaga kemaluan mereka." (Surah An-Nur: 30)

"Dan mereka yang menjaga kehormatannya." (Surah Al-Mukminun: 5)




3. Menjauhkan hati dari hal-hal yang boleh mengikatnya dan berusaha melupakannya.



4. Menyibukkan diri dengan amal soleh dan mendatangkan manfaat.

"Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut." (Surah Al-Anbiya': 90)



5. Menikah secara syar'iy.

"Maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi." (Surah An-Nisa': 3)

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya." (Surah Ar-Rum: 21)



Baginda Rasul bersabda: "Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang sudah mampu untuk menikah, hendaklah menikah."



MUHASABAH CINTA


BERWASPADA DENGAN CINTA


Jangan sesekali mencintai sesuatu secara berlebihan, kerana yang demikian itu menyebabkan kegelisahan yang tidak pernah padam. Seorang Islam akan bahagia ketika ia dapat menjauhi keluhan, kesedihan, dan kerinduan. Begitu pulalah ketika ia dapat mengatasi keterasingan, kesunyian, dan keterpisahan yang dikeluhkan para pujangga. Betapa pun yang demikian itu adalah tanda kehampaan dalam hati.



"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahui-Nya (bahawa ia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya?" (Surah Al-Jathiyah: 23)

'Akulah yang menarik hujung kematian itu

siapakah yang akan dituntut padahal mangsanya

adalah si terdakwa itu sendiri?'


Maksud rangkap puisi ini, kita berhak merasa sakit dan menderita sebab kita adalah punca utama dari semua yang berlaku pada kita.


Seorang yang berasal dari Andalus menyombongkan dirinya kerana boleh merasa suka yang melampaui batas. Sebelum aku, orang mengeluh kerana berpisah dan ketakutan muncul pada yang mati dan yang hidup. Jika rusuk-rusukku menghimpun maka aku tidak lagi akan mendengar dan tidak pula melihat. 

Sebaik sahaja di antara tulang-tulangnya berhimpun ketakwaan, zikir, kesedaran rohani maka kebenaran akan boleh dicapai. Di samping itu, bukti akan menjadi semakin jelas dan kebenaran akan nampak.


"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari syaitan, mereka diingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)." (Surah Al-A'raf: 200-201)



MENCARI KEMANISAN DALAM BERCINTA

KEAMANAN ADALAH TUJUAN AGAMA DAN AKAL

"Orang-orang itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah Al-An'am: 82)

"Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka  dari ketakutan."
(Surah Al-Quraisy: 4)

"Bukankah kami telah melindungi mereka dan menjadikan (negeri Makkah) tempat tinggal mereka sebagai tanah suci yang aman."
(Surah Al-Qashash: 57)

"Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia."
(Surah Ali Imran: 97)

"Kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman."
(Surah At-Taubah: 6)



Baginda Rasul bersabda: "Sesiapa tidur dengan perasaan aman di hatinya, sihat tubuh badannya dan mempunyai makanan yang cukup untuk sehari maka dia tidak ubah seperti orang yang berkuasa ke atas dunia dan segala isinya."



Hati yang aman adalah hati yang disertai kualiti keimanan, kedalaman untuk menyelami kebenaran dan kualiti keyakinannya.


Rumah yang aman adalah rumah yang tidak menerima hal-hal yang tidak benar, yang mencegah tindakan memalukan, yang selalu diliputi ketenangan dan yang menjadikan ajaran Ilahi sebagai panduan hidup penghuninya.

Manakala umat yang aman pula adalah umat yang didukung di atas rasa cinta, umat yang ditegakkan di atas prinsip keadilan dan umat yang memilih syariah sebagai jalan hidupnya.


Lawan kata aman adalah was-was.

"Musa pun keluarlah dari negeri itu dalam keadaan cemas sambil memerhatikan (berita mengenai dirinya).

(Surah Al-Qashah: 21)

"Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku (jangan cuaikan perintah-Ku), jika betul kamu orang-orang yang beriman."

(Surah Ali Imran: 175)

Orang yang takut tidak akan merasa tenang, orang yang mengingkari kewujudan Allah tidak akan merasa aman dan orang yang sakit tidak akan merasa selesa.



Usia itu adalah kesihatan dan kecukupan.
Jika kedua-duanya tiada maka usia tidak lagi berharga.

Demi alangkah sengsaranya dunia. Jika segi yang satu baik maka segi yang lain buruk; jika harta datang maka tubuh terkulai sakit; jika badan sihat, tiba-tiba musibah menimpa; dan jika keadaan mulai baik dan boleh dikawal maka kematian datang.



Disini saya akan menceritakan kisah seorang pujangga yang pada awalnya dengan niat yang baik, akan tetapi setelah diuji oleh Allah s.w.t., ternyata ada niat yang tidak baik mengikutinya.
Hayatilah kisah ini...

Pujangga al-A'sya meninggalkan Nejd kerana hendak menemui Baginda Rasul, memujinya dengan rangkap-rangkap puisi dan menyatakan niatnya untuk masuk Islam. Di tengah jalan Abu Sufyan menemuinya dan menawarkan seratus unta, dengan syarat tidak melanjutkan perjalanannya dan kembali ke rumahnya. Pujangga itu pun mengambil unta-unta itu dan pulang. Dia pulang dengan menunggang salah satu unta itu. Tiba-tiba unta itu mencampakkannya hingga ia jatuh tersungkur, lehernya patah dan mati dalam keadaan gagal mendapat agama dan kekayaan. 

Berikut ini adalah puisi yang akan dipersembahkan kepada Baginda Rasul itu: 
Pemuda, uban, keperluan, dan kekayaan
semua ini adalah kepunyaan Allah maka kenapa engkau masih ragu
Jika engkau pergi tanpa membawa ketakwaan
dan berjumpa dengan orang-orang yang sudah membekali diri
engkau akan menyesal kenapa engkau tidak menjadi seperti dia
dan jika engkau tidak bersedia maka dia sudah bersedia.



*ISLAM SEBAGAI PANDUAN HIDUP*

Kata Hati: MENGAPA PERLUNYA MATLAMAT?Kajian di institusi pen...

Kata Hati:
MENGAPA PERLUNYA MATLAMAT?Kajian di institusi pen...
: MENGAPA PERLUNYA MATLAMAT? Kajian di institusi pengajian tinggi menunjukkan 80 peratus pelajar tidak bermatlamat dan ini adalah pu...

MENGAPA PERLUNYA MATLAMAT?

Kajian di institusi pengajian tinggi menunjukkan 80 peratus pelajar tidak bermatlamat dan ini adalah punca utama pelajar Melayu gagal bersaing. Menyedihkan tetapi itulah hakikatnya.



Matlamat memudahkan perancangan

Sekiranya anda ada matlamat, maknanya anda pun menetapkan apa yang mahu dicapai dalam suatu tempoh tertentu. Ini pastinya memudahkan anda merancang tugasan anda setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan.




Matlamat meningkatkan komitmen diri

Secara tidak langsung, apabila anda mempunyai matlamat, anda berasakan komitmen perlu diambil bagi memenuhinya. Apabila anda lalai bagi mengikut setiap perancangan yang dijadualkan bermakna anda menggadaikan masa depan anda sendiri. Ingatlah, manusia yang berjaya adalah manusia yang mempunyai komitmen yang tinggi pada senarai tugas ataupun perancangan hariannya.



Matlamat membantu anda membuat keputusan

Dalam kehidupan seharian, anda pasti menyedari betapa sukarnya bagi mendisiplinkan diri mengikut jadual harian dan jadual belajar anda. Mengapa ini berlaku? Jawapannya kerana manusia bukannya robot dan mesin yang dapat dijadualkan berfungsi mengikut masa-masa yang ditetapkan setiap hari. Tetapi dengan adanya matlamat, anda dapat mengubah perancangan harian pada bila-bila masa asalkan ia tidak meninggalkan kesan ke atas perancangan jangka panjang anda. Pastikan jadual belajar anda itu adalah jadual belajar anjal yang dapat disesuaikan mengikut keperluan masa anda.




Matlamat membantu anda mendapatkan pertolongan

Apabila anda mempunyai matlamat, anda mula mengatur perancangan. Apabila anda bertindak melengkapkan perancangan, anda mula menyedari dan mengenali kelemahan-kelemahan yang ada pada diri anda. Ini memudahkan anda mendapatkan pertolongan. Mintalah pertolongan daripada ibu-bapa,  guru dan juga rakan. Ingat, tidak ada rakan yang mahu membantu anda pada saat-saat akhir kerana mereka sendiri sibuk menelaah pelajaran bagi menghadapi peperiksaan.


Matlamat pengukur kejayaan

Matlamat tidak tercapai dengan angan-angan atau impian kosong. Ia perlu disusuli dengan tindakan. Kejayaan besar yang diimpikan esok hari adalah himpunan kejayaan-kejayaan kecil yang diraih setiap hari. Pengukur kepada kejayaan adalah matlamat yang dirancang. Sekiranya anda melakukan tindakan dan menyelesaikan tugas seperti yang dirancang, anda dikatakan sebagai seorang yang berjaya. Hari demi hari tanpa anda sedari, anda mendaki puncak kejayaan yang lebih besar dan bermakna. 




Sekarang pastikan matlamat anda tidak begitu kecil sehingga ia tidak mempunyai apa-apa makna dan tidak pula begitu besar sehingga anda rasa mustahil bagi mencapainya.
Tetapkan satu matlamat yang anda begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh bagi merealisasikannya.






Satu matlamat yang anda yakin tanpa keraguan anda dapat melakukannya!