PENTINGNYA FALSAFAH HIDUP

Kecemerlangan seseorang pelajar dalam peperiksaan bukan bergantung pada kepintaran akal fikiran semata-mata. Sebaliknya ia juga banyak bergantung pada faktor psikologi pemikiran serta strategi yang diatur. Perkara yang penting daripada segi persediaan psikologi supaya cemerlang adalah falsafah hidup kita. Semua orang secara sedar ataupun tidak mempunyai falsafah atau pegangan hidup yang dijadikan sebagai ukuran dalam membuat sesuatu keeputusan.

Sebagai contoh, seseorang yang percaya kepada falsafah hidup 'alah membeli menang menang memakai' mungkin yakin bulat-bulat setiap barang yang mahal itu berkualiti. Akibatnya ramai yang tertipu apabila terpaksa membayar harga yang tinggi bagi barangan tiruan. Begitu juga ada yang falsafah hidupnya, 'duit boleh dicari' dan akhirnya tidak pernah mampu menabung serta berbelanja boros. Ada pula remaja yang berpegang pada falsafah 'if you can't beat them, join them' dan akhirnya mereka bergaul dengan kumpulan pelajar yang bermasalah kerana terpengaruh.

Sebab itulah pelajar perlu menjadi seorang yang mempunyai falsafah hidup yang menjadikan hidup mereka cemerlang seperti:

  1. Hidup adalah perjuangan.
  2. Hidup untuk menang.
  3. Gagal sekali bukan gagal selamanya.
  4. Belajar suatu ibadah.
  5. Tidak mati dikeji, tidak hidup dek puji.

Oleh itu fikirkanlah satu falsafah hidup yang menjadi pegangan dan azimat hidup anda. Sekiranya mahu cemerlang, para pelajar juga perlu menghapuskan segala halangan minda yang mengganggu kosentrasi semasa belajar sama ada di dalam kelas mahupun di luar kelas.


*Muhasabah Diri*

No comments:

Post a Comment