TAHUN BARU ISLAM 1435 HIJRAH
AWAL MUHARRAM
Kita sering terdedah dengan sambutan awal tahun iaitu pada 1 hari bulan Januari setiap tahun. Acapkali kita lihat suasana ceria dan kemeriahan yang berlaku pada malam awal tahun. Kita juga sentiasa gembira dengan meraikan tahun baru dengan mempunyai azam, semangat dan impian yang ingin dicapai.
Namun, kelekaan ini juga membuatkan kita terlupa dengan sambutan sebenar tahun baru dalam Islam. Sambutan "Awal Muharram" yang dikatakan penghijrahan dan pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W. membawa perubahan yang besar dalam kalangan umat Islam. Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W. dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Tahun Hijrah Rasulullah S.A.W. dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
Sambutan di Malaysia dapat kita lihat dengan suasana yang penuh kesyukuran dan kerahmatan kepada Allah S.W.T.. Selain itu, kita juga disunatkan untuk membawa doa akhir dan awal tahun, sebelum dan selepas waktu maghrib. Diharapkan segala amal perbuatan kita sentiasa diterima oleh Allah S.W.T. dan kita senantiasa berubah ke arah kebaikan.
Kalau ditanya saya apakah azam tahun baru saya kali ini? Pastinya saya mahukan perubahan yang drastik dalam kehidupan ini. Perubahan dari segi perwatakan, perlakuan, peribadi dan pergaulan hidup untuk berdepan dengan pelbagai jenis ragam manusia. Saya juga akan sentiasa bersedia dalam menghadapi tekanan dan ujian yang mendatang disamping akan mempertingkatkan ibadah serta amalan saya kepada Allah S.W.T..
No comments:
Post a Comment