PENAWAR CINTA


Kecintaan yang berlebihan itu banyak sebabnya. Di antaranya:


1. Hati yang tidak diisi oleh rasa cinta, rasa syukur, zikir, dan ibadat kepada Allah.


2. Membiarkan mata jalang. Melepaskan pandangan mata adalah jalan yang menghantar kepada kesedihan dan keresahan:

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka." (Surah An-Nur: 30)

Baginda Rasul juga bersabda: "Pandangan mata adalah satu dari sekian banyak anak panah iblis."




Jika engkau liarkan matamu kepada semua mata maka semua pemandangan akan membuatmu letih. Kau lihat pemandangan tetapi tidak seluruhnya mampu kau lihat dan kau tatap.




3. Memperkecilkan ibadat, zikir, doa, dan sembahyang sunat.

"Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan -perbuatan keji dan munkar." (Surah Al-Ankabut: 45)




Berkenaan dengan ubatnya:

"Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa." (Surah Yusuf: 24)


1. Berusaha untuk selalu berada di pintu-pintu ibadat dan memohon kesembuhan kepada Yang Maha Agung.




2. Merendahkan pandangan dan menjaga kemaluan.

"Dan mereka menjaga kemaluan mereka." (Surah An-Nur: 30)

"Dan mereka yang menjaga kehormatannya." (Surah Al-Mukminun: 5)




3. Menjauhkan hati dari hal-hal yang boleh mengikatnya dan berusaha melupakannya.



4. Menyibukkan diri dengan amal soleh dan mendatangkan manfaat.

"Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut." (Surah Al-Anbiya': 90)



5. Menikah secara syar'iy.

"Maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi." (Surah An-Nisa': 3)

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya." (Surah Ar-Rum: 21)



Baginda Rasul bersabda: "Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang sudah mampu untuk menikah, hendaklah menikah."



MUHASABAH CINTA


BERWASPADA DENGAN CINTA


Jangan sesekali mencintai sesuatu secara berlebihan, kerana yang demikian itu menyebabkan kegelisahan yang tidak pernah padam. Seorang Islam akan bahagia ketika ia dapat menjauhi keluhan, kesedihan, dan kerinduan. Begitu pulalah ketika ia dapat mengatasi keterasingan, kesunyian, dan keterpisahan yang dikeluhkan para pujangga. Betapa pun yang demikian itu adalah tanda kehampaan dalam hati.



"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahui-Nya (bahawa ia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya?" (Surah Al-Jathiyah: 23)

'Akulah yang menarik hujung kematian itu

siapakah yang akan dituntut padahal mangsanya

adalah si terdakwa itu sendiri?'


Maksud rangkap puisi ini, kita berhak merasa sakit dan menderita sebab kita adalah punca utama dari semua yang berlaku pada kita.


Seorang yang berasal dari Andalus menyombongkan dirinya kerana boleh merasa suka yang melampaui batas. Sebelum aku, orang mengeluh kerana berpisah dan ketakutan muncul pada yang mati dan yang hidup. Jika rusuk-rusukku menghimpun maka aku tidak lagi akan mendengar dan tidak pula melihat. 

Sebaik sahaja di antara tulang-tulangnya berhimpun ketakwaan, zikir, kesedaran rohani maka kebenaran akan boleh dicapai. Di samping itu, bukti akan menjadi semakin jelas dan kebenaran akan nampak.


"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari syaitan, mereka diingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)." (Surah Al-A'raf: 200-201)



MENCARI KEMANISAN DALAM BERCINTA

KEAMANAN ADALAH TUJUAN AGAMA DAN AKAL

"Orang-orang itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah Al-An'am: 82)

"Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka  dari ketakutan."
(Surah Al-Quraisy: 4)

"Bukankah kami telah melindungi mereka dan menjadikan (negeri Makkah) tempat tinggal mereka sebagai tanah suci yang aman."
(Surah Al-Qashash: 57)

"Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia."
(Surah Ali Imran: 97)

"Kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman."
(Surah At-Taubah: 6)



Baginda Rasul bersabda: "Sesiapa tidur dengan perasaan aman di hatinya, sihat tubuh badannya dan mempunyai makanan yang cukup untuk sehari maka dia tidak ubah seperti orang yang berkuasa ke atas dunia dan segala isinya."



Hati yang aman adalah hati yang disertai kualiti keimanan, kedalaman untuk menyelami kebenaran dan kualiti keyakinannya.


Rumah yang aman adalah rumah yang tidak menerima hal-hal yang tidak benar, yang mencegah tindakan memalukan, yang selalu diliputi ketenangan dan yang menjadikan ajaran Ilahi sebagai panduan hidup penghuninya.

Manakala umat yang aman pula adalah umat yang didukung di atas rasa cinta, umat yang ditegakkan di atas prinsip keadilan dan umat yang memilih syariah sebagai jalan hidupnya.


Lawan kata aman adalah was-was.

"Musa pun keluarlah dari negeri itu dalam keadaan cemas sambil memerhatikan (berita mengenai dirinya).

(Surah Al-Qashah: 21)

"Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku (jangan cuaikan perintah-Ku), jika betul kamu orang-orang yang beriman."

(Surah Ali Imran: 175)

Orang yang takut tidak akan merasa tenang, orang yang mengingkari kewujudan Allah tidak akan merasa aman dan orang yang sakit tidak akan merasa selesa.



Usia itu adalah kesihatan dan kecukupan.
Jika kedua-duanya tiada maka usia tidak lagi berharga.

Demi alangkah sengsaranya dunia. Jika segi yang satu baik maka segi yang lain buruk; jika harta datang maka tubuh terkulai sakit; jika badan sihat, tiba-tiba musibah menimpa; dan jika keadaan mulai baik dan boleh dikawal maka kematian datang.



Disini saya akan menceritakan kisah seorang pujangga yang pada awalnya dengan niat yang baik, akan tetapi setelah diuji oleh Allah s.w.t., ternyata ada niat yang tidak baik mengikutinya.
Hayatilah kisah ini...

Pujangga al-A'sya meninggalkan Nejd kerana hendak menemui Baginda Rasul, memujinya dengan rangkap-rangkap puisi dan menyatakan niatnya untuk masuk Islam. Di tengah jalan Abu Sufyan menemuinya dan menawarkan seratus unta, dengan syarat tidak melanjutkan perjalanannya dan kembali ke rumahnya. Pujangga itu pun mengambil unta-unta itu dan pulang. Dia pulang dengan menunggang salah satu unta itu. Tiba-tiba unta itu mencampakkannya hingga ia jatuh tersungkur, lehernya patah dan mati dalam keadaan gagal mendapat agama dan kekayaan. 

Berikut ini adalah puisi yang akan dipersembahkan kepada Baginda Rasul itu: 
Pemuda, uban, keperluan, dan kekayaan
semua ini adalah kepunyaan Allah maka kenapa engkau masih ragu
Jika engkau pergi tanpa membawa ketakwaan
dan berjumpa dengan orang-orang yang sudah membekali diri
engkau akan menyesal kenapa engkau tidak menjadi seperti dia
dan jika engkau tidak bersedia maka dia sudah bersedia.



*ISLAM SEBAGAI PANDUAN HIDUP*

Kata Hati: MENGAPA PERLUNYA MATLAMAT?Kajian di institusi pen...

Kata Hati:
MENGAPA PERLUNYA MATLAMAT?Kajian di institusi pen...
: MENGAPA PERLUNYA MATLAMAT? Kajian di institusi pengajian tinggi menunjukkan 80 peratus pelajar tidak bermatlamat dan ini adalah pu...

MENGAPA PERLUNYA MATLAMAT?

Kajian di institusi pengajian tinggi menunjukkan 80 peratus pelajar tidak bermatlamat dan ini adalah punca utama pelajar Melayu gagal bersaing. Menyedihkan tetapi itulah hakikatnya.



Matlamat memudahkan perancangan

Sekiranya anda ada matlamat, maknanya anda pun menetapkan apa yang mahu dicapai dalam suatu tempoh tertentu. Ini pastinya memudahkan anda merancang tugasan anda setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan.




Matlamat meningkatkan komitmen diri

Secara tidak langsung, apabila anda mempunyai matlamat, anda berasakan komitmen perlu diambil bagi memenuhinya. Apabila anda lalai bagi mengikut setiap perancangan yang dijadualkan bermakna anda menggadaikan masa depan anda sendiri. Ingatlah, manusia yang berjaya adalah manusia yang mempunyai komitmen yang tinggi pada senarai tugas ataupun perancangan hariannya.



Matlamat membantu anda membuat keputusan

Dalam kehidupan seharian, anda pasti menyedari betapa sukarnya bagi mendisiplinkan diri mengikut jadual harian dan jadual belajar anda. Mengapa ini berlaku? Jawapannya kerana manusia bukannya robot dan mesin yang dapat dijadualkan berfungsi mengikut masa-masa yang ditetapkan setiap hari. Tetapi dengan adanya matlamat, anda dapat mengubah perancangan harian pada bila-bila masa asalkan ia tidak meninggalkan kesan ke atas perancangan jangka panjang anda. Pastikan jadual belajar anda itu adalah jadual belajar anjal yang dapat disesuaikan mengikut keperluan masa anda.




Matlamat membantu anda mendapatkan pertolongan

Apabila anda mempunyai matlamat, anda mula mengatur perancangan. Apabila anda bertindak melengkapkan perancangan, anda mula menyedari dan mengenali kelemahan-kelemahan yang ada pada diri anda. Ini memudahkan anda mendapatkan pertolongan. Mintalah pertolongan daripada ibu-bapa,  guru dan juga rakan. Ingat, tidak ada rakan yang mahu membantu anda pada saat-saat akhir kerana mereka sendiri sibuk menelaah pelajaran bagi menghadapi peperiksaan.


Matlamat pengukur kejayaan

Matlamat tidak tercapai dengan angan-angan atau impian kosong. Ia perlu disusuli dengan tindakan. Kejayaan besar yang diimpikan esok hari adalah himpunan kejayaan-kejayaan kecil yang diraih setiap hari. Pengukur kepada kejayaan adalah matlamat yang dirancang. Sekiranya anda melakukan tindakan dan menyelesaikan tugas seperti yang dirancang, anda dikatakan sebagai seorang yang berjaya. Hari demi hari tanpa anda sedari, anda mendaki puncak kejayaan yang lebih besar dan bermakna. 




Sekarang pastikan matlamat anda tidak begitu kecil sehingga ia tidak mempunyai apa-apa makna dan tidak pula begitu besar sehingga anda rasa mustahil bagi mencapainya.
Tetapkan satu matlamat yang anda begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh bagi merealisasikannya.






Satu matlamat yang anda yakin tanpa keraguan anda dapat melakukannya!





Kata Hati: PENTINGNYA FALSAFAH HIDUPKecemerlangan seseorang p...

Kata Hati: PENTINGNYA FALSAFAH HIDUPKecemerlangan seseorang p...: PENTINGNYA FALSAFAH HIDUP Kecemerlangan seseorang pelajar dalam peperiksaan bukan bergantung pada kepintaran akal fikiran semata-mata...

PENTINGNYA FALSAFAH HIDUP

Kecemerlangan seseorang pelajar dalam peperiksaan bukan bergantung pada kepintaran akal fikiran semata-mata. Sebaliknya ia juga banyak bergantung pada faktor psikologi pemikiran serta strategi yang diatur. Perkara yang penting daripada segi persediaan psikologi supaya cemerlang adalah falsafah hidup kita. Semua orang secara sedar ataupun tidak mempunyai falsafah atau pegangan hidup yang dijadikan sebagai ukuran dalam membuat sesuatu keeputusan.

Sebagai contoh, seseorang yang percaya kepada falsafah hidup 'alah membeli menang menang memakai' mungkin yakin bulat-bulat setiap barang yang mahal itu berkualiti. Akibatnya ramai yang tertipu apabila terpaksa membayar harga yang tinggi bagi barangan tiruan. Begitu juga ada yang falsafah hidupnya, 'duit boleh dicari' dan akhirnya tidak pernah mampu menabung serta berbelanja boros. Ada pula remaja yang berpegang pada falsafah 'if you can't beat them, join them' dan akhirnya mereka bergaul dengan kumpulan pelajar yang bermasalah kerana terpengaruh.

Sebab itulah pelajar perlu menjadi seorang yang mempunyai falsafah hidup yang menjadikan hidup mereka cemerlang seperti:

  1. Hidup adalah perjuangan.
  2. Hidup untuk menang.
  3. Gagal sekali bukan gagal selamanya.
  4. Belajar suatu ibadah.
  5. Tidak mati dikeji, tidak hidup dek puji.

Oleh itu fikirkanlah satu falsafah hidup yang menjadi pegangan dan azimat hidup anda. Sekiranya mahu cemerlang, para pelajar juga perlu menghapuskan segala halangan minda yang mengganggu kosentrasi semasa belajar sama ada di dalam kelas mahupun di luar kelas.


*Muhasabah Diri*

Kata Hati: INTIP CALON MENANTU WAKTU SUBUHKalau mahu yang t...

Kata Hati: INTIP CALON MENANTU WAKTU SUBUH

Kalau mahu yang t...
: INTIP CALON MENANTU WAKTU SUBUH Kalau mahu yang terbaik kita juga mesti jadi baik. Baru-baru ini ketika mengadakan rewang ...

Kata Hati: INTIP CALON MENANTU WAKTU SUBUHKalau mahu yang t...

Kata Hati: INTIP CALON MENANTU WAKTU SUBUH

Kalau mahu yang t...
: INTIP CALON MENANTU WAKTU SUBUH Kalau mahu yang terbaik kita juga mesti jadi baik. Baru-baru ini ketika mengadakan rewang ...
INTIP CALON MENANTU WAKTU SUBUH


Kalau mahu yang terbaik kita juga mesti jadi baik. Baru-baru ini ketika mengadakan rewang untuk jamuan Maulidur Rasul di masjid berhadapan rumah saya, pelbagai tajuk yang disembangkan oleh para jemaah. Ini termasuklah keluhan beberapa orang ibu dan ayah terhadap anak dara mereka tidak kahwin-kahwin kerana sibuk dengan kerjaya sehingga menyerah kepada takdir sahaja. Ada, adalah, tak ada malas nak cari.

"Intip-intiplah mana-mana anak teruna yang rajin ke masjid tu, buatkan menantu," saran seorang lelaki warga emas yang sedang mengacau gulai kawah kepada kaum ibu yang sedang rancak berbicara.

"Waktu siang-siang macam mana nak intip, kita kan kerja?" soal seorang jemaah lelaki.

"Intiplah waktu solat Subuh atau solat Isyak. Kalau tengok anak muda itu selalu ke masjid ada harapan jadi calon menantu."

"Apa maksud Abang Haji itu, saya tidak faham?" tanya lelaki tadi. Dia merapati Abang Haji itu. Dayung pengacau di tangan Abang Haji bertukar tangan kepadanya dan disuruhnya Abang Haji duduk bercerita.




Kaki Masjid

Abang Haji itu pun bercerita kisah dia memikat menantu sulungnya. "Setahun saya perhatikan seorang anak muda yang kerap ke masjid waktu Subuh, Maghrib dan Isyak. Saya mengenali keluarganya. Saya merisik khabar dengan ayahnya yang juga 'kaki masjid'. Anak bujang itu memang sejak kecil rajin ke masjid mengikut ayahnya. Tetapi apabila ayahnya uzur, dia tetap ke masjid macam biasa. Walau sudah bekerja tetapi apabila balik ke kampung, dia antara jemaah muda yang awal memeriahkan masjid. Waktu Maghrib dan Isyak, dia suka beriktikaf di masjid."

"Boleh percaya ke zaman sekarang ini cari calon menantu macam itu. Entah-entah dia buat-buat alim sebab hendak tarik perhatian orang supaya nampak baik," bidas seorang jemaah wanita yang mendengarnya.

Abang Haji itu menjawab, "Berdasarkan pengalaman saya yang pernah muda, bukan senang untuk seseorang anak muda melangkah ke masjid subuh-subuh hari, kalau bukan kerana kemahuannya yang kuat dan bersungguh-sungguh membesarkan Allah. Orang yang dapat bangun subuh dan berjemaah di masjid adalah orang yang berdisiplin. Lebih-lebih lagi kalau masjid itu jauh, tetapi dia sanggup datang sebagai bukti dia menyayangi Allah dan Rasul.

Dalam Islam orang lelaki sangat dituntut berjemaah pada waktu Subuh dan Isyak di masjid. Musuh Islam sangat takut kalau orang Islam ramai solat Subuh dan Isyak di masjid kerana pada waktu begini ramai yang lalai. Orang kalau sudah cinta susah macam mana pun dia akan sanggup datang, begitulah halnya kalau kita telah jatuh cinta dengan Allah dan Rasul. Malu rasanya kalau tak dapat solat berjemaah di masjid. Hilang kejantanan sebagai seorang lelaki Islam!"

"Isyak pula kenapa?" tanya pula seorang lelaki yang sedang mengacau gulai kawah.

Saya melihat semua jemaah tertumpu kepada bicara Abang Haji ini, seronok pula pagi itu bagaikan mendengar kuliah Dhuha.




Mesti Jadi Baik

Jelas Abang Haji lagi, waktu Isyak ramai orang kepenatan dan suka berehat di rumah sahaja. Maklumlah Isyak waktunya panjang dan boleh dilewatkan sekiranya ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Jadi bagi orang yang betul-betul cintakan Allah dan takut terjebak dalam kelalaian, dia akan segera selesaikan urusannya dengan Allah. Oleh itu, apabila anak muda dapat melawan hawa nafsu malasnya dan berasa bahawa mati itu akan datang tiba-tiba, takut-takut tidak dapat keberkatan kalau melengahkan solat Isyak maka mujahadahnya itu merupakan jihad besar. Bagi anak muda yyang sudah biasa beramal solat berjemaah, perkara ini tidak jadi susah baginya sebab sudah biasa.

Jadi hendak cari calon menantu yang baik-baik, kita juga kena selalu ke masjid. Fahamlah kami, untuk mendapatkan yang terbaik terlebih dahulu kita mesti menjadi baik. Tidak cukup hendak menantu yang baik-baik sedangkan ibadah kita pun masih tunggang-langgang dan sambil lewa. Allah akan anugerahkan kita mengikut apa yang kita usahakan.



Moga Allah permudahkan segalanya untuk kita semua... Insya' Allah...:-)


Selamat Datang

Assalamualaikum...




  • Saya Shahril Izwan Bin Abdullah dengan rasminya telah membuat satu blog untuk anda hayati dan fahami isi hati saya selama ini. 
  • Blog ini juga adalah untuk anda dan kita bersama.
  • Segala pandangan, idea atau pendapat boleh diutarakan dan dilontarkan pada saya supaya kita terus maju dan berjaya dalam kehidupan ini.
  • Kejayaan dan kegagalan yang dicapai haruslah bersama untuk membina satu ummah yang cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan akhirat.
  • Perjuangan akan sentiasa diteruskan.
  • Insya' Allah.



Akhir kata, harap anda sentiasa menyokong dan juga menegur saya.

Ini semua adalah untuk anda semua.
Terima kasih atas dorongan dan sokongan anda selama ini.




p/s: baru berjinak2 dlm buat blog nie..ajarkn saya ae..hehe:-)
klaw blog nie xmenarik jgn kutuk dulu, bg idea je trus..okay! 






*permulaan berdakwah melalui kata hati*